- 500 gm susu cair lemak rendah.
- 1/2 labu bawang holland.
- 2 helai daun bay (kering).
- 6 biji bunga cengkih.
- 150 ml cream pekat.
- 80 gm keju parmesan yang telah di parut.
- 500 gm macaroni pasta.
- 20 gm herba typme (di cincang halus).
- 20 gm herba rosemary (di cincang halus).
- 20 gm herba parsley (di cincang halus).
- garam dan lada sulah secukup rasa.
cara-cara memasaknya.
1. Didihkan air dan masukkan sedikit garam, biar seketika.
2. Masukkan macaroni pasta dan biarkan selam 4 minit, tapis dan gaulkan denga olive oil supaya tak melekat.
3. Panaskan susu potong bahagian atas bawang besar kemudian cucuk daun bay kedalam bawang. cucukkan bunga cengkih di kiri dan kanan biarkan lekat.Masukan bawang kedalam susu, didihkan selama 3 minit.Untuk memekatkan susu, bancuh 1 sudu teh tepung jagung bersama sedikat air dan tuang kedalam susu tadi. kacau sehingga sos bertukar pekat, masukkan garam dan lada sulah scukup rasa, tapis susu biarkan seketika.
4. Untuk cream- panaskan cream dan campurkan 3 sudu parutan keju parmesan,didihkan selama 3 minit ketepikan.
5. Masukkan makaroni pasta kedalam mangkuk besar, campurkan campuran daun herba yang telah dicincang halus bersama 1/2 cawan susu dan 1/2 cawan cream, gaul rata perisakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
6. Tuang adunan tadi kedalam acuan pembakar yang telah dialas dengan baking paper. Ratakan dan tabur keju parmesan, bakar didalam oven selama 15-20 minit dengan suhu 250-300 darjah celcius.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment