My music

Friday, March 20, 2009

Mee Siam


: 150 gm bihun.
: 1/4 cawan air panas.
: 2 sudu kecil gula.
: 3 sudu besar minyak masak.
: 2 biji telur(dipukul).
: 3 ulas bawang merah kecil(dicincang halus).
: 3 ulas bawang putih(dicincang halus).
: 2 sudu besar udang kering(basuh) dan ditoskan.
: 3 sudu besar lobak masin(dicincang).
: 2 keping tauhu, digoreng dan dipotong kiub sebesar 1cm.
: 1 1/2 cawan taugeh.
: 1 sudu kecil serbuk perasa ayam/Tom yam knorr.
: 10-15 tangkai daun kucai.
: 2 biji limau nipis(dipotong 4).
: 5-6 biji cili merah,dihiris.
: garam secukup rasa.

Cara Memasak.

1. Rendam bihun di dalam air sehingga lembut(lebih kurang 10 minit) dan toskan.
Masukkan serbuk tom yam, air panas dan gula di dalam sebuah cawan kecil dan kacau
sehingga perasa dan gula larut. ketepikan.

2. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali dan masukkan telur yang telah dipukul
kacau dan ketepikan.

3. Panaskan baki minyak dan tumis bawang kecil dan bawang putih sehingga perang keemasan
Masukkan udang kering, lobak masin dan tauhu. Kacau goreng selama 3 minit.

4. Masukkan bihun yang telah ditoskan dan campuran tom yam dan gula tadi. kacau goreng
sehingga bihun lembut. Masukkan telur dan separuh daripada taugeh dan daun kucai.
Masak utk seminit lagi serta tambahkan garam secukup rasa angkat.

5. hidankan panas bersama baki taugeh, daun kucai dan hirisan limau nipis serta cili.

No comments:

Post a Comment