My music

Friday, March 20, 2009

Penne Arabiata



Bahan-bahannya :
-30gm peperoni.
-300gm Penne pasta.
-2 Labu bawang merah dicincang halus
-1 ulas bawang putih dicincang halus
-1 cup tomato sauce(sila rujuk resepi sos tomato di bawah)
-3 helai daun selasih(basil) dihiris halus.
-1/2 labu tomato dibuang kulit(didadu kecil)
-2 sudu besar olive oil
-sedikit garam dan gula

Cara-cara membuatnya.
1.Didihkan didalam periuk, masukkan sedikit garam, biarkan seketika. Masukkan pasta Penne, biarkan selama 4 minit,tapis airnya. Tuang ke dalam mangkuk, campurkan dengan 1 1/2 sudu teh olive oil, gaul rata supaya tak melekat.

2.Panaskan minyak dan tumis bawang, sehingga naik bau.Masukkan peperoni biarkan seketika dan masukkan tomato sos renehkan selama 3 minit barulah masukkan pasta tadi, masak selama 3 minit lagi.

Akhir sekali taburkan daun basil dan perisa secukupnya. Enak dihidang bersama keju parmesa yang diparut.



Zamri's homemade Tomato sos.

-10 biji tomato dalam tin jenama promodoro(tapis dan simpan jusnya).
-3 cwn tomato jus.
-2 labu bawang besar holland dipotong nipis.
-4 ulas bawang putih diketuk.
-20 helai daun basil
-1/2 cawan olive oil
-gula, garam dan lada sulah secukupnya.

cara-cara membuat sos.
-Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau,masukkan tomato bersama jus beserta daun daun basil, biar mendidih selama 10minit dengan api perlahan.Masuukkan gula, garam dan lada sulah scukup rasa. Angkat dan biarkan sejuk kemudian barulah dikisar kasar.

No comments:

Post a Comment